Kuala Lumpur, 29hb April
2019 – Keanggunan abadi sepasang sepatu balet tapak rata
telah diberikan peningkatan ultra-moden oleh ECCO, sekaligus mencipta kasut
luar biasa yang ringan lagi anggun yang memberikan padanan untuk hampir
sebarang acara buat wanita kontemporari.
Dengan berat yang separuh daripada berat sepatu balet tapak rata yang
sebelumnya oleh jenama dari Denmark ini, dan satu pertiga lebih ringan
berbanding dengan kebanyakan sepatu tapak rata lain, ECCO ANINE ditawarkan dengan
pelbagai kulit premium dan warna feminin, sekaligus menawarkan pilihan gaya serta
momen memakai yang hampir tiada had.
Daripada berkelah di taman hingga ke janji temu makan malam, dari
pejabat hingga ke membeli-belah pada hujung minggu, atau daripada perjumpaan
untuk kopi hingga ke barbeku, anda boleh menyerlahkan atau menyederhanakan ECCO
ANINE, sambil menikmati keringanan selesa yang menjadi tanda pengenalan tukang
kasut ini. Padankan dengan seluar crop,
skirt atau baju, serlahkan kemudahan gaya tersebut dengan aksesori utama, atau
hanya padankan dengan seluar jeans dan baju yang besar - gaya klasik ini sentiasa
kelihatan cantik.
Dinamakan sempena Anine Frølich, seorang penari abad ke-18 yang
merupakan bintang balet pertama Denmark, ECCO ANINE sebenarnya adalah kasut
abad ke-21, diperbuat dengan kulit premium mewah syarikat dan teknologi
canggih. Sepatu balet tapak rata akan dikaitkan dengan wanita ikonik seperti
Brigitte Bardot dan Audrey Hepburn. Dan ECCO ANINE pastinya akan mempunyai daya
tarikan yang besar di kalangan wanita moden yang bergaya, kerana kasut ini
ditawarkan dalam spektrum sembilan warna, dan diperbuat daripada pelbagai bahan
inovatif dan ‘on-trend’ dari ECCO
Leather Studio.
Bahan-bahan ini termasuk paten, bercetak, logam dan ‘ECCO FLUID-TOUCH
CALF Leather’, serta ‘ECCO FINE CRAQUELURE Leather’. Diilhamkan oleh
pemandangan kartografi bandar-bandar yang luas dan banjaran-banjaran gunung
yang hebat, ‘ECCO FINE CRAQUELURE Leather’ mempunyai corak retak tersendiri, di
samping bersifat lembut dan kukuh.
Hanya ECCO yang boleh menyampaikan tafsiran semula sebuah siluet ikonik yang
ringan dan selesa, yang mana sepatu balet tapak rata ini diperbuat menggunakan acuan
baharu serta ‘ECCO FLUIDFORM™ Direct Comfort Technology’.
Acuan anatomi baharu ini menawarkan penampilan yang lebih lembut dan
lebih feminin, serta bentuk tumit dan jari kaki yang lebih bulat yang memeluk
kaki untuk mendapatkan padanan yang terbaik. Antara inovasi lain yang meningkatkan
keselesaan anda adalah inlai tapak Poron®, yang mengikuti kontur kaki anda, dan
dilitupi dengan ECCO Leather untuk keselesaan kaki tambahan. Juga menambah
keselesaan anda ialah tumit 1.5mm daripada kulit yang ditindan, yang ringan,
fleksibel dan berfungsi dengan teknologi SHANK oleh syarikat ini.
Dibangunkan dalam tempoh tiga dekad oleh tukang kasut ini, dan sentiasa
diperbaharui dan diperbaik dalam makmal penyelidikan jenama ini, ‘ECCO
FLUIDFORM™ Direct Comfort Technology’ memastikan ECCO ANINE, dengan tapak P.U satu-komponen
suntikan langsung, mempunyai keseimbangan pengkusyenan dan pantulan. Sementara
pembuat kasut dan gaya lain mungkin mempunyai tumit yang lebih padat dan lebih
tebal, ECCO ANINE dipenuhi dengan P.U ringan yang lembut bagi menawarkan
kelembutan tinggi yang ringan sebaik sahaja anda mengeluarkannya dari kotak.
Pada masa yang sama, teknologi FLUIDFORM™ juga mewujudkan ikatan yang penting
dan tahan lama di antara bahagian atas dan tapak, tanpa sebarang kompromi yang lazimnya
ditemui dengan pemasangan yang dijahit dan digamkan.
No comments:
Post a Comment