Thursday, February 28, 2019

UOB Malaysia dan Visa Melancarkan Kad Kredit Eksklusif bagi Memenuhi Cita Rasa Rakyat Malaysia yang Gemar Mengembara


Kad Visa Infinite Metal UOB mensasarkan pengembara yang menghargai kemudahan dan keselesaan

Kuala Lumpur, Malaysia, 15 Januari 2019 – United Overseas Bank (Malaysia) Bhd (UOB Malaysia) hari ini mengumumkan pelancaran Kad Visa Infinite Metal UOB, iaitu kad kredit yang menawarkan ganjaran dan manfaat berkaitan pengembaraan bagi memenuhi keperluan khusus dan jangkaan pengembaraan pelanggan mewahnya. Kad ini, yang disediakan kepada pelanggan atas dasar jemputan sahaja, dilancarkan dengan kerjasama syarikat teknologi pembayaran global, Visa.

Menurut data UOB Malaysia, perbelanjaan berkaitan pengembaraan di kalangan pemegang kad mewah telah meningkat sebanyak 35 peratus sejak 2016. Pada 2018 sahaja, pemegang kad mewah membelanjakan RM205 juta untuk produk dan perkhidmatan berkaitan pengembaraan, iaitu kenaikan sebanyak 23 peratus berbanding tahun sebelumnya. Perbelanjaan berkaitan pengembaraan mencatat pertumbuhan tertinggi berbanding semua kategori perbelanjaan pada 2018, diikuti dengan insurans (10 peratus), runcit (tujuh peratus) dan perubatan (tujuh peratus). Pada 2018, 20 peratus daripada jumlah keseluruhan kad kredit pemegang kad adalah dalam mata wang asing, justeru mengesahkan bahawa pemegang kad Malaysia menggunakan kad kredit mereka di luar negara . 

Memandangkan perbelanjaan pengembaraan pemegang kad mewah yang semakin meningkat, UOB Malaysia telah memperkenalkan kad yang khusus bagi pelanggan yang inginkan kemudahan dan keselesaan apabila mereka mengembara. Antara manfaat Kad Visa Infinite Metal UOB ini adalah keistimewaan pengembaraan kelas pertama, program penebusan air miles yang kompetitif, kutipan mata ganjaran yang dipercepatkan bagi perbelanjaan di luar negara, dan perkhidmatan tetamu (concierge) 24 jam di seluruh dunia.



Encik Ronnie Lim, Pengarah Urusan dan Ketua Negara Perkhidmatan Kewangan Peribadi, UOB Malaysia, berkata bahawa kekayaan yang sedang meningkat di kalangan pengguna Malaysia telah menghasilkan segolongan rakyat yang mengembara secara meluas sama ada untuk bekerja atau bersantai.

“Bagi golongan pengembara seperti ini, menggunakan kad kredit adalah mudah kerana mereka tidak perlu membawa wang tunai yang banyak. Kad kredit juga menawarkan perlindungan terhadap penipuan dan kecurian, justeru memberikan lebih ketenangan fikiran dan juga keselamatan, terutamanya apabila mereka sedang mengembara.

“Bagi memenuhi pilihan gaya hidup pelanggan mewah kami dengan lebih khusus, dan untuk mempertingkatkan keperluan pengembaraan mewah pelanggan kami, kami telah bekerjasama dengan Visa untuk menghasilkan kad kredit yang menjangkau program ganjaran Visa Infinite. Dengan lebih daripada 60 syarikat penerbangan rakan kongsi dan program penukaran air miles yang kompetitif, Kad Visa Infinite Metal UOB telah dirumus dengan mempertimbangkan keperluan pengembara kerap (frequent flyer) yang mewah.”

Kad kredit Visa Infinite Metal UOB menawarkan kadar penukaran air miles yang terbaik, iaitu sebanyak 4,500 UNIRinggit untuk air miles 1,000 kilometer dengan syarikat penerbangan terpilih. Pemegang kad juga menikmati keistimewaan pengembaraan eksklusif termasuk akses tanpa had ke bilik istirehat di lapangan terbang seluruh dunia dan perjalanan limusin percuma ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA 2. Kad ini juga menawarkan perlindungan insurans perjalanan percuma sehingga RM1,000,000 dan akses ke perkhidmatan Concierge Visa bagi membantu pemegang kad membuat tempahan restoran, mencari dan membeli tiket teater atau untuk mendapat maklumat mengenai acara dan persembahan khas. 

Kad Visa Infinite UOB yang dibentuk daripada logam gangsa menawarkan pelanggan UOB Malaysia dengan kad yang tahan lama dan unik.

“Kami ingin memperkenalkan sebuah kad yang bukan sahaja menyediakan manfaat pengembaraan dan gaya hidup premium kepada para pelanggan kami, malah juga tahan terhadap haus dan lusuh dari penggunaan kerap dan berpanjangan. Diperbuat daripada gangsa, Kad Visa Infinite Metal UOB mempunyai nilai bukan sahaja dari segi bentuk tetapi juga namanya. Ia adalah kad eksklusif yang direka khas bagi individu mewah dan arif yang menghargai kemudahan dan keselesaan serta gemar mengembara, mengunjungi restoran dan membeli-belah,” kata Encik Lim.

Encik Ng Kong Boon, Pengurus Negara Visa untuk Malaysia, berkata, “Kami amat berbesar hati untuk menjadi rakan kongsi UOB Malaysia dalam memperkenalkan Kad Visa Infinite Metal UOB. Hari ini, kami terus menyaksikan peningkatan dalam jumlah rakyat Malaysia yang mewah, iaitu hampir 20 peratus menurut tahun ke tahun. Kami percaya ia amat penting untuk menyediakan suatu produk khas kepada pemegang kad mewah bagi memenuhi keperluan pengembaraan dan gaya hidup premium mereka. Selain senarai manfaat pengembaraan mewah yang ditawarkan dalam produk ini, rakyat Malaysia yang mewah juga dapat menikmati perkhidmatan tetamu kami yang disediakan melalui aplikasi Concierge Visa. Concierge Visa menyediakan saluran masa nyata kepada pemegang kad mewah untuk mengatur perkhidmatan seperti tempahan hotel, penerbangan dan restoran.”

Kad Visa Infinite Metal UOB menawarkan pelbagai manfaat dan ganjaran lain kepada pelanggan termasuk akses kepada kelab ahli sahaja dan kelab golf berprestij di seluruh rantau ini, serta akses 24 jam ke perkhidmatan Concierge Visa. Kad Visa Infinite Metal UOB boleh didapati hanya melalui jemputan sahaja kepada pelanggan yang mempunyai pendapatan tahunan sekurang-kurangnya RM300,000 dan aset boleh dilabur melebihi RM3 juta dengan UOB Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai Kad Visa Infinite Metal UOB, sila layari www.uob.com.my. 

-Tamat-

Mengenai United Overseas Bank (Malaysia) Bhd

United Overseas Bank (Malaysia) Bhd (UOB Malaysia), anak syarikat United Overseas Bank Limited (UOB) yang berpangkalan di Singapura, telah beroperasi di Malaysia sejak tahun 1951. UOB Malaysia menyediakan pelbagai perkhidmatan kewangan komersial dan peribadi melalui cawangan-cawangan, anak-anak syarikat dan syarikat-syarikat bersekutu: pinjaman komersial, perbankan pelaburan, perkhidmatan perbendaharaan, perkhidmatan perdagangan, pengurusan tunai, pinjaman perumahan, kad kredit, pengurusan kekayaan, dan bankasurans dan produk perbankan Islam.

UOB adalah sebuah bank terkemuka di Asia dengan rangkaian global yang terdiri daripada lebih 500 pejabat di 19 negara dan wilayah di Asia Pasifik, Eropah dan Amerika Utara. Sejak penubuhannya pada 1935, UOB telah berkembang secara organik dan melalui beberapa pengambilalihan strategik. UOB menerima penarafan di antara bank terkemuka dunia: Aa1 oleh Moody's dan AA- oleh Standard & Poor's dan Fitch Ratings. Di Malaysia, UOB Malaysia telah menerima penarafan institusi kewangan AAA/ Stabil/P1 dari RAM Ratings.

Sepanjang lebih lapan dekad, generasi kakitangan UOB telah mengamalkan semangat keusahawanan, dengan menumpu pada pewujudan nilai jangka panjang dan komitmen yang teguh untuk melakukan segala yang diperlukan bagi pelanggan dan rakan sekerja kami.

Kami ingin menjadi pembekal perkhidmatan kewangan yang prihatin dan kami komited untuk melakukan perubahan dalam kehidupan pemegang berkepentingan kami serta komuniti di mana kami beroperasi. Kami berdedikasi bukan sahaja untuk membantu pelanggan menguruskan kewangan mereka dengan bijak dan mengembangkan perniagaan mereka, UOB juga teguh dalam menyokong pembangunan sosial, terutamanya dalam bidang seni, kanak-kanak dan pendidikan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.uob.com.my 

Mengenai Visa

Visa Inc. (NYSE: V) adalah peneraju dunia dalam pembayaran digital. Misi kami adalah untuk menghubungkan dunia melalui rangkaian pembayaran yang paling inovatif, boleh dipercayai dan selamat – justeru membolehkan individu, perniagaan dan ekonomi untuk berkembang maju. Rangkaian pemprosesan global kami yang canggih, iaitu VisaNet, menyediakan pembayaran yang selamat dan boleh dipercayai di seluruh dunia, dan berupaya mengendalikan lebih 65,000 mesej transaksi dalam satu saat. Tumpuan berterusan syarikat terhadap inovasi adalah pemangkin untuk pertumbuhan pesat dalam perdagangan terkait pada mana-mana peranti, dan merupakan daya penggerak di sebalik wawasan masa hadapan di mana semua orang, di mana-mana sahaja, tidak perlu menggunakan tunai. Apabila dunia bergerak dari era analog ke digital, Visa bertujuan untuk menerapkan jenama, produk, insan, rangkaian dan skala untuk membentuk semula perdagangan masa hadapan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.visa.com.my

Visa 
Grace Tan 
Head of Corporate Communication, Singapore, Malaysia and the Philippines Visa
Email:  grtan@visa.com
Tel: (65) 6671- 5468 / HP: 9823 6516



No comments:

Post a Comment